Slide #1 image

ELEKTRIK

Elektrik ditakrifkan rekaan dan penggunaan aliran arus elektrik yang besar untuk kuasa dan tenaga. Fokus kepada kuasa tenaga “menghidupkan” peralatan besar. Biasanya menggunakan arus ulang-alik (AC) atau arus terus (DC) yang besar. Voltan dan arus tinggi contohnya bekalan rumah 230VAC. Menghasilkan dan menghantar kuasa untuk pencahayaan, pemanasan, motor, dll. Komponen utama seperti talian kuasa, fius, suis, motor, generator, transformer, dll. Contoh peranti elektrik seperti kipas elektrik, lampu, peti sejuk, pam air, aircond, dll.

ELEKTRIK ELEKTRONIK

Secara praktikal, Elektrik dan Elektronik kedua-duanya saling berkait. Contohnya komputer memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi tetapi pemprosesan data dalam komputer adalah bidang elektronik. Elektrik: Fokus kepada kuasa tenaga “menghidupkan” peralatan besar. Komponen utama seperti talian kuasa, fius, suis, motor, generator, transformer, dll. Contoh peranti elektrik seperti kipas elektrik, lampu, peti sejuk, pam air, aircond, dll.. Elektronik: Fokus kepada pengawalan dan pemprosesan isyarat “mengendalikan otak” peralatan pintar. Komponen utama seperti transistor, diod, litar bersepadu (IC), kapasitor, mikropengawal, dll. Contoh peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer, televisyen, sistem audio, sensor, dll..

Slide #3 image

ELEKTRONIK

Elektronik ditakrifkan rekaan dan penggunaan arus elektrik yang kecil untuk pemprosesan isyarat, kawalan dan komunikasi. Fokus kepada pengawalan dan pemprosesan isyarat “mengendalikan otak” peralatan pintar. Kebanyakannya menggunakan arus terus (DC) yang sangat kecil. Voltan dan arus rendah biasanya dibawah 12V atau 5V dalam litar digital. Mengawal, memproses dan menghantar maklumat atau isyarat. Komponen utama seperti transistor, diod, litar bersepadu (IC), kapasitor, mikropengawal, dll. Contoh peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer, televisyen, sistem audio, sensor, dll.

NextPrev

E-BOOK - Format WINDOWS APP

E-BOOK VERSI 'DOWNLOAD'