Terma
Mengenali Produk
Anda perlulah mengenali produk yang ditawarkan. eBook atau eBuku singkatan kepada buku dalam bentuk elektronik atau digital. E-Book yang ditawarkan ini adalah produk digital dalam Format WINDOWS APP untuk kegunaan komputer. eBook dalam format WINDOWS APP adalah fail(file) Komputer sejenis aplikasi yang hanya serasi dengan komputer microsoft Windows sahaja. Sistem Operasi Windows boleh mengoperasikan aplikasi eBook ini tanpa perlu software utiliti lain.
eBook Versi Download
eBook Versi Download hanya boleh di Download ke komputer, tiada sebarang produk fizikal dan packaging. Penghantaran eBook Versi Download adalah melalui Link Download yang akan dihantar ke email anda. Anda mestilah memiliki akaun email yang masih aktif sama ada akaun email dari Gmail atau Yahoo atau hotmail.

File Compressed
File eBook dikompress .zip, untuk keluarkan file eBook dari folder zip, klik kanan mouse pada folder eBook.zip dan klik 'Extract All..'

Open eBook
Pertama kali open eBook, jika muncul ralat dari Microsoft menyatakan unrecognized app - klik 'More info' dan klik 'Run anyway'.


Terma Penggunaan
Akses kepada penggunaan semua terbitan yang dikeluarkan oleh EE TECHHOBBY VENTURES adalah tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian lesen. Semua terbitan dan applikasi yang diterbitkan oleh EE TECHHOBBY VENTURES adalah harta intelek hak milik penuh EE TECHHOBBY VENTURES No. 202103050743 (SA0560468-V), dan dilindungi oleh Undang-Undang Hak Cipta. Sebarang notis hak cipta, watermark, tanda dagang, notis, penafian, label atau tanda lain tidak boleh dialih keluar atau ditutup dalam apa jua cara. Pembeli produk terbitan hanya boleh mengakses kandungan terbitan yang dibeli untuk penggunaan sendiri sahaja. Semua kandungan terbitan dan applikasi dilindungi oleh akta hak cipta dan tidak boleh diterbitkan, disebarkan, ditulis semula untuk disiarkan atau diterbitkan atau diedarkan semula secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua bentuk atau dengan apa-apa cara. Terbitan dan semua mana-mana bahagian kandungan hanya untuk kegunaan pembeli sendiri dan tidak boleh didagangkan. Fail/Data semua kandungan terbitan dan applikasi adalah baca sahaja (read only) TIDAK BOLEH edit/copy/remove/format. Semua sistem, rekabentuk dan had kefungsian yang terbina pada terbitan dan applikasi adalah hak penerbit, tiada mana-mana individu atau organisasi boleh membantah atau menuntut apa jua pun. Semua kandungan terbitan adalah untuk ilmu pengetahuan semata-mata, pihak penerbit tidak bertanggungjawab keatas apa-apa yang berlaku akibat dari perbuatan sendiri termasuk kerugian, kemalangan dan lain-lain.

